Pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program akademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum antaranya (i) perubahan standard program, (ii) laporan penilai luar, (iii) laporan CQI, (iv) kajian pasaran, (v) analisa dapatan pemegang taruh, (vi) penanda arasan, dan (vii) lain-lain yang berkaitan. MQA telah mengeluarkan satu surat makluman MQA Bil. 4/2018 - Perubahan Maklumat Program, yang boleh dimanfaatkan oleh UTHM sebagai panduan agar urusan berkaitan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan efisien bagi tujuan memenuhi keperluan jaminan kualiti pendidikan tinggi. Antara dokumen rujukan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti berikut: