Anugerah Inspirasi Cendekiawan (AIC) merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberi kepada staf akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran, Penyelidikan dan Inovasi, serta Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
AIC yang dicadangkan untuk diadakan sebagai majlis tahunan ini melibatkan TIGA (3) kategori, iaitu:
- Anugerah Inspirasi Cendekiawan (Pembelajaran dan Pengajaran)
- Anugerah Inspirasi Cendekiawan (Penyelidikan dan Inovasi) dan
- Anugerah Inspirasi Cendekiawan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)