VISI KAMI
Ke arah peningkatan kualiti akademik dan kecemerlangan akademia
MISI KAMI
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik komited dalam memacu pembangunan dan kelestarian program akademik berkualiti untuk pengiktirafan dalam dan luar negara serta memupuk budaya kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme akademia
LATAR BELAKANG
Pada April 2001, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan bagi memantapkan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Unit Jaminan Kualiti Akademik pula telah diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan serta para graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan kerajaan dan juga profesional. Dengan penstrukturan semula Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Jaminan Kualiti Akademik pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) ditubuhkan.
Bagi mencapai hasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan bagi melahirkan staf akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran, pada bulan Jun 2012, Pusat Pembangunan Akademik telah diberi nafas baru manjadi Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) atau Centre of Academic Development and Training (CAD).
Pada bulan Februari 2022, penstrukturan semula CAD dilaksanakan bagi membolehkan pusat ini berperanan lebih fokus terhadap pembangunan dan akreditasi program-program akademik di universiti. Selain itu, CAD juga akan bertanggungjawab dalam memastikan kecemerlangan program-program akademik di UTHM. Justeru, pusat ini dijenamakan semula kepada Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (Centre for Academic Development and Excellence, CAD).
Kini, CAD diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah. Mereka disokong oleh empat (4) jabatan: Jabatan Pembangunan Program (JPP), Jabatan Akreditasi (JA), Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) dan Jabatan Dasar (JD). CAD juga didokong oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan yang diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan.
PERKHIDMATAN KAMI
PEMBANGUNAN PROGRAM
Bertanggungjawab menasihat fakulti/ pusat pengajian dalam pembangunan dan semakan kurikulum program akademik agar memenuhi kehendak pemegang taruh
AKREDITASI PROGRAM
Bertanggungjawab memantau pematuhan program akademik agar selaras dengan keperluan kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan/atau badan akreditasi berkaitan.
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras penggubalan pelan strategik bagi kecemerlangan akademia
DASAR AKADEMIK
Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras penggubalan dasar/ polisi/ garis panduan akademik
OBJEKTIF KAMI
Memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan
Memastikan semua program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa
Memperkasakan budaya pembelajaran dan pengajaran agar merangkumi aspek pembelajaran berasaskan pelajar serta kreativiti dan inovasi
Memastikan pengurusan pentadbiran, sistem maklumat dan kewangan adalah mengikut prosedur dan peraturan universiti
OBJEKTIF KUALITI KAMI
100%
pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
100%
program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa
100%
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dipastikan mematuhi dasar dan garis panduan akademik