Skip to main content

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

komited dalam memacu pembangunan dan kelestarian kualiti program akademik untuk pengiktirafan antarabangsa serta menyediakan latihan kepada staf akademik bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran

SELAMAT DATANG

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik berhasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan melahirkan staf akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran

SUDUT INFO

SERVICE LEARNING MALAYSIA

Service Learning Malaysia (SULAM) adalah kursus berkredit yang melibatkan  komuniti dan menggunakan pendekatan berasaskan pengalaman pembelajaran sebenar.

KURIKULUM TERSEDIA MASA HADAPAN

Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum - FRC) yang bersifat boleh lentur dan organik dibangunkan bagi melahirkan graduan yang adaptif terhadap keperluan masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21.

AMALAN PENDIDIKAN BERIMPAK TINGGI

Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High Impact Educational Practices - HIEPs) meningkatkan penglibatan pelajar dari segi tingkah laku, emosi dan kognitif serta bersifat integratif.

PENGANUGERAHAN PENGAJARAN

Penganugerahan Pengajaran bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh staf akademik samada di peringkat universiti atau individu.

Berhadapan dengan pandemik COVID-19, pembelajaran jarak jauh diamalkan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar serta staf terjamin. Justeru, pelbagai panduan diterbitkan bagi memelihara kualiti penyampaian pengajaran dan pencapaian hasil pembelajaran di UTHM.