Pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program aademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum antaranya (i) perubahan standard program, (ii) laporan penilai luar, (iii) laporan CQI, (iv) kajian pasaran, (v) analisa dapatan pemegang taruh, (vi) penanda arasan, dan (vii) lain-lain yang berkaitan. MQA telah mengeluarkan satu surat makluman MQA Bil. 4/2018 - Perubahan Maklumat Program, yang boleh dimanfaatkan oleh UTHM sebagai panduan agar urusan berkaitan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan efisien bagi tujuan memenuhi keperluan jaminan kualiti pendidikan tinggi. Antara dokumen rujukan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti berikut;-
Fakulti/Pusat yang berhasrat untuk membangunkan program akademik baharu perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum program akademik baharu boleh ditawarkan, bergantung kepada jenis program pengajian yang ingin ditawarkan. Bagi program perdana diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah, prosedur permohonan boleh dirujuk di RPK-01 - Prosedur Rekabentuk dan Pembangunan Program Akademik Baharu. Secara amnya, proses permohonan bagi program baharu di peringkat prasiswazah ada seperti di Rajah 1, manakala Rajah 2 menunjukkan proses permohonan bagi peringkat pascasiswazah
Rajah 1 Proses Permohonan Program Akademik Baharu Prasiswazah
Rajah 2 Proses Permohonan Program Akademik Baharu Pascasiswazah
Templat kertas cadangan penawaran program akademik baharu bagi tujuan kelulusan awal bagi program perdana adalah seperti berikut:
i. Mesyuarat Saringan Awal JKP (UTHM) dan JPT (KPM) bagi program akademik baharu peringkat Diploma dan Sarjana Muda
Manakala bagi program eksekutif, permohonan program akademik baharu perlu melalui Jawatankuasa Pengajian Program Luar (JKPL), Senat dan LPU. Format kertas kerja adalah seperti berikut::
Sekiranya kertas cadangan penawaran program baharu diluluskan oleh MSA JPT (bagi Sarjana Muda dan Diploma) atau MSA UTHM (JAPS/ JKPS bagi Pasca Ijazah), fakulti/pusat perlu menyediakan beberapa kertas kerja memohon kelulusan di beberapa peringkat dalaman UTHM, di samping menyediakan dokumen akreditasi sementara mengikut format badan akreditasi samada MQA atau badan profesional.
iii. Kertas Kerja Kelulusan Program Akademik Baharu di Peringkat Dalaman UTHM (JKP/JKPS/SENAT/LPU)
Semua program akademik baharu perlu mendapatkan kelulusan Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation) dari MQA atau dari badan professional yang terlibat. Bagi permohonan kepada badan professional, dokumen akreditasi adalah bergantung kepada format dan keperluan badan professional, dan dokumen perlu dihantar kepada badan professional tersebut melalui MQA. Bagi Akreditasi Sementara oleh MQA, antara dokumen yang perlu disediakan adalah seperti:
Permohonan Akreditasi Sementara, sama ada kepada MQA atau badan professional, hendaklah diselesaikan sebelum kertas cadangan penawaran program akademik baharu tersebut dibawa ke Senat UTHM.