Manual / Garis Panduan

Semakan Kurikulum & Pemurnian Program

Pemantauan, semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program aademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum antaranya (i) perubahan standard program, (ii) laporan penilai luar, (iii) laporan CQI, (iv) kajian pasaran, (v) analisa dapatan pemegang taruh, (vi) penanda arasan, dan (vii) lain-lain yang berkaitan. MQA telah mengeluarkan satu surat makluman MQA Bil. 4/2018 - Perubahan Maklumat Program, yang boleh dimanfaatkan oleh UTHM sebagai panduan agar urusan berkaitan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan efisien bagi tujuan memenuhi keperluan jaminan kualiti pendidikan tinggi. Antara dokumen rujukan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti berikut;-

i) Surat Makluman MQA Bil.4 2018 - Perubahan Maklumat Program

ii) Kertas Kerja Permohonan Semakan Kurikulum bagi kelulusan Mesyuarat Dalaman UTHM (JKP/JKPS/Senat/LPU) atau Kertas Kerja Semakan Kurikulum JKPL/ Senat/ LPU bagi program eksekutif

iii) Kertas Kerja Permohonan Semakan Kurikulum bagi kelulusan JPT, KPM

iv) Senarai Semak ke JKPT

v) Pengiraan Peratusan Perubahan

vi) Format Perancangan Kuliah (RPP04)

vii) Format Silibus UTHM

Permohonan Program Akademik Baharu

Fakulti/Pusat yang berhasrat untuk membangunkan program akademik baharu perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum program akademik baharu boleh ditawarkan, bergantung kepada jenis program pengajian yang ingin ditawarkan. Bagi program perdana diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah, prosedur permohonan boleh dirujuk di RPK-01 - Prosedur Rekabentuk dan Pembangunan Program Akademik Baharu. Secara amnya, proses permohonan bagi program baharu di peringkat prasiswazah ada seperti di Rajah 1, manakala Rajah 2 menunjukkan proses permohonan bagi peringkat pascasiswazah

Rajah 1 Proses Permohona Program Akadmeik Baharu Peringkat Prasiswazah

Rajah 1 Proses Permohonan Program Akademik Baharu Prasiswazah

Rajah2 Proses Permohonan Program Akademik Baharu PG

Rajah 2 Proses Permohonan Program Akademik Baharu Pascasiswazah

Templat kertas cadangan penawaran program akademik baharu bagi tujuan kelulusan awal bagi program perdana adalah seperti berikut:

     i. Mesyuarat Saringan Awal JKP (UTHM) dan JPT (KPM) bagi program akademik baharu peringkat Diploma dan Sarjana Muda

- Kertas Cadangan Permohonan Program Akademik Baharu untuk Mesyuarat Saringan Awal JKP (UTHM)

- Kertas Cadangan Permohonan Program Akademik Baharu untuk Mesyuarat Saringan Awal (MSA) JPT

- Senarai Semak MSA ke JPT

     ii. Mesyuarat Saringan Awal UTHM (JAPS dan JKPS) bagi program akademik baharu peringkat Pascasiswazah 

        - Kertas Cadangan Permohonan Program Akademik Baharu untuk Mesyuarat JAPS/ JKPS

 Manakala bagi program eksekutif, permohonan program akademik baharu perlu melalui Jawatankuasa Pengajian Program Luar (JKPL), Senat dan LPU. Format kertas kerja adalah seperti berikut::

  - Kertas Cadangan Permohonan Program Akademik Baharu untuk Mesyuarat JKPL

 

Sekiranya kertas cadangan penawaran program baharu diluluskan oleh MSA JPT (bagi Sarjana Muda dan Diploma) atau MSA UTHM (JAPS/ JKPS bagi Pasca Ijazah), fakulti/pusat perlu menyediakan beberapa kertas kerja memohon kelulusan di beberapa peringkat dalaman UTHM, di samping menyediakan dokumen akreditasi sementara mengikut format badan akreditasi samada MQA atau badan profesional. 

   iii.  Kertas Kerja Kelulusan Program Akademik Baharu di Peringkat Dalaman UTHM (JKP/JKPS/SENAT/LPU)

       - Format Kertas Kerja JKP/JKPS/SENAT/LPU

       - Format Ringkasan Eksekutif Senat/LPU

   iv.  Kertas Kerja Kelulusan Program Akademik Baharu di Peringkat JPT

       - Format Kertas Kerja JPT

- Senarai Semak Program Baharu JPT

 

   v.  Akreditasi Sementara MQA/ Badan Professional

Semua program akademik baharu perlu mendapatkan kelulusan Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation) dari MQA atau dari badan professional yang terlibat. Bagi permohonan kepada badan professional, dokumen akreditasi adalah bergantung kepada format dan keperluan badan professional, dan dokumen perlu dihantar kepada badan professional tersebut melalui MQA. Bagi Akreditasi Sementara oleh MQA, antara dokumen yang perlu disediakan adalah seperti:

- Borang MQA-01 (Akreditasi Sementara)

- Table 4 (Course Information template - MQA) / Format Silibus UTHM (.docx | .xlsx)

- Evaluation Instrument of COPPA 2017

Permohonan Akreditasi Sementara, sama ada kepada MQA atau badan professional, hendaklah diselesaikan sebelum kertas cadangan penawaran program akademik baharu tersebut dibawa ke Senat UTHM.

 

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024x768.


Waktu Operasi:

Ahad - Rabu
08:00-17:00
(13:00-14:00 Tutup)
Khamis
08:00-15:30
(13:00-14:00 Tutup)
Hari Minggu
Tutup
 


Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

auricular phone symbol in a circle 07-4537302

fax 07-4536334


 

Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.