Apa itu APEL?

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. 

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. 

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu: 

1.  Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2.  Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

Walaubagaimanapun bagi kemasukan ke program akademik yang ditawarkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) terdapat DUA peringakt kemasukan iaitu :

1.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); 
2.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024x768.


Waktu Operasi:

Ahad - Rabu
08:00-17:00
(13:00-14:00 Tutup)
Khamis
08:00-15:30
(13:00-14:00 Tutup)
Hari Minggu
Tutup
 


Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

auricular phone symbol in a circle 07-4537302

fax 07-4536334


 

Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.