LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Pada April 2001, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan bagi memantapkan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Unit Jaminan Kualiti Akademik pula telah diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan serta para graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan kerajaan dan juga profesional. Dengan penstrukturan semula Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Jaminan Kualiti Akademik pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) ditubuhkan.

Bagi mencapai hasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan bagi melahirkan staf akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran, pada bulan Jun 2012, Pusat Pembangunan Akademik telah diberi nafas baru manjadi Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) atau Centre of Academic Development and Training (CAD).

CAD diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah. Mereka disokong oleh lima (5) jabatan yang bernaung di CAD. Lima jabatan berkaitan adalah Jabatan Pembangunan Program Akademik (JPPA), Jabatan Akreditasi Program Akademik (JAPA), Jabatan Pengurusan Kualiti Institusi (JPKI), Jabatan Pengurusan Latihan Akademik (JPLA) dan Jabatan Jaminan Kualiti (JKK). CAD juga didokong oleh Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sistem yang diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan.

Secara amnya, CAD bertanggungjawab dalam menyokong usaha-usaha pemantapan pembelajaran dan pengajaran (P&P) staf akademik melalui penganjuran kursus-kursus, latihan, kaedah dan penggunaan teknologi terkini dalam P&P. CAD turut bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik universiti adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, CAD juga memastikan kualiti program-program akademik yang ditawarkan di universiti mendapat pengiktirafan badan kelayakan berkaitan sebelum pelajar bergraduat. Untuk tujuan itu, pengawasan dan penilaian kualiti yang berterusan sentiasa dijalankan di semua peringkat pengurusan. Tanggungjawab dan peranan ini bermatlamat bagi melahirkan graduan universiti yang berkualiti dan berdaya saing di alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan negara.

FUNGSI
  • Bertanggungjawab menasihat fakulti/ pusat pengajian dalam pembangunan dan semakan kurikulum program akademik agar memenuhi kehendak stakeholders.

  • Bertanggungjawab memantau pematuhan program akademik agar selaras dengan keperluan kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan/atau badan akreditasi berkaitan.

  • Bertanggungjawab menyelaras pusat-pusat tanggungjawab ke arah pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 universiti.

  • Bertanggungjawab mengurus pembangunan latihan dan aktiviti berkaitan pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi warga UTHM.

  • Bertanggungjawab memantau kualiti pengajaran dan beban tugas staf akademik UTHM.

Hubungi kami:Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,86400,Parit Raja,Batu Pahat, Johor.          No. Tel: 07-4537302. No. Faks: 07-4536334. Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  Laman Web : https://cad.uthm.edu.my/

© CAD UTHM ® 2017. All Rights Reserved.
Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024.
This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned. .