• Umum

Latar Belakang new

LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Pada April 2001, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan bagi memantapkan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Unit Jaminan Kualiti Akademik pula telah diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan serta para graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan kerajaan dan juga profesional. Dengan penstrukturan semula Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Jaminan Kualiti Akademik pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) ditubuhkan.

Bagi mencapai hasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan bagi melahirkan staf akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran, pada bulan Jun 2012, Pusat Pembangunan Akademik telah diberi nafas baru manjadi Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) atau Centre of Academic Development and Training (CAD).

CAD diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah. Mereka disokong oleh lima (5) jabatan yang bernaung di CAD. Lima jabatan berkaitan adalah Jabatan Pembangunan Program Akademik (JPPA), Jabatan Akreditasi Program Akademik (JAPA), Jabatan Pengurusan Kualiti Institusi (JPKI), Jabatan Pengurusan Latihan Akademik (JPLA) dan Jabatan Jaminan Kualiti (JKK). CAD juga didokong oleh Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sistem yang diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan.

Secara amnya, CAD bertanggungjawab dalam menyokong usaha-usaha pemantapan pembelajaran dan pengajaran (P&P) staf akademik melalui penganjuran kursus-kursus, latihan, kaedah dan penggunaan teknologi terkini dalam P&P. CAD turut bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik universiti adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, CAD juga memastikan kualiti program-program akademik yang ditawarkan di universiti mendapat pengiktirafan badan kelayakan berkaitan sebelum pelajar bergraduat. Untuk tujuan itu, pengawasan dan penilaian kualiti yang berterusan sentiasa dijalankan di semua peringkat pengurusan. Tanggungjawab dan peranan ini bermatlamat bagi melahirkan graduan universiti yang berkualiti dan berdaya saing di alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan negara.

FUNGSI
  • Bertanggungjawab menasihat fakulti/ pusat pengajian dalam pembangunan dan semakan kurikulum program akademik agar memenuhi kehendak stakeholders.
  • Bertanggungjawab memantau pematuhan program akademik agar selaras dengan keperluan kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan/atau badan akreditasi berkaitan.
  • Bertanggungjawab menyelaras pusat-pusat tanggungjawab ke arah pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 universiti.
  • Bertanggungjawab mengurus pembangunan latihan dan aktiviti berkaitan pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi warga UTHM.
  • Bertanggungjawab memantau kualiti pengajaran dan beban tugas staf akademik UTHM.

Continue reading

JAWATANKUASA

JawatanKuasa Pembangunan Akademik

Ditubuhkan pada tahun 2006 dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Senat Mengenai Kualiti Akademik Pelajar di bawah PDP Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan akademik pelajar serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Selaras dengan penubuhan CAD, Kertas Kerja Penubuhan JKPA telah dihantar pada Julai 2007. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 6 Ogos 2007.  Untuk memastikan matlamat penubuhan CAD selaras dengan keperluan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan kualiti program akademik di UTHM, Jawatan kuasa ini dimurnikan semula pada Jawatan kuasa Eksekutif Bil 16/2009.  Dipengerusikan oleh Prof. Mohd Zainal b Md Yusof dan dianggotai oleh Dekan CAD, Timbalan-timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa Fakulti, Ketua-ketua Jabatan CAD dan Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor / HEP / PPA.

Penubuhan JKPA akan menggantikan Jawatankuasa Khas Senat Mengenai Kualiti Akademik Pelajar di samping fungsi penubuhan CAD.  JKPA adalah bertanggungjawab untuk membuat pelaporan kepada JKTS dan Jawatankuasa Audit Kualiti Akademik.

* Selain Jawatan Kuasa Pembangunan Akademik, terdapat juga jawatan kuasa - jawatan kuasa lain di bawah jabatan-jabatan dalam CAD.

ALUAN PENGARAH

Dr Ishak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti program akademik dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan staf akademik UTHM dalam usaha melahirkan graduan dan staf akademik yang berkualiti serta mampu bersaing di arena global.

Sebagai pusat rujukan bagi memupuk kemahiran insaniah, CAD juga berperanan untuk menyebarkan pengetahuan dalam bidang bukan teknikal bagi menyemai dan mengembangkan kemahiran kepimpinan, moral dan etika. Ini dapat melahirkan individu yang cemerlang dan kompeten di dalam pelbagai bidang.

Laman web ini mengandungi informasi berkaitan dengan garis panduan pembangunan program akademik baharu, program pembangunan profesionalisme staf akademik, audit kualiti akademik, dan lain-lain perkhidmatan disediakan oleh pusat ini. Diharapkan informasi yang diberi dapat membantu para pelawat laman sesawang ini.

Prof. Madya Ts. Dr. Ishak Baba
Pengarah,
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

VISI, MISI, OBJEKTIF

Visi
Ke arah menerajui pemerkasaan kualiti akademik bertaraf dunia

Misi
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik komited dalam memacu pembangunan dan kelestarian kualiti program akademik untuk pengiktirafan antarabangsa serta menyediakan latihan kepada staf akademik bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran

Objektif

  • Memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan semua program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa.
  • Memperkasakan budaya pembelajaran dan pengajaran agar merangkumi aspek pembelajaran berasaskan pelajar serta kreativiti dan inovasi.
  • Menyediakan latihan pembelajaran dan pengajaran kepada staf akademik serta menjalankan kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran.
  • Memastikan perlaksanaan atau penyemakan Sistem Pengurusan Kredit MS ISO 9001 kekal di universiti.
  • Memastikan pengurusan pentadbiran, sistem maklumat dan kewangan adalah mengikut prosedur dan peraturan universiti.

Objektif Kualiti

  • Memastikan 100% pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan 100% program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa.
  • Menyediakan 24 latihan pembelajaran dan pengajaran kepada staf akademik serta menjalankan kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran.

Waktu Operasi:

Ahad - Rabu
08:00-17:00
(13:00-14:00 Tutup)
Khamis
08:00-15:30
(13:00-14:00 Tutup)
Hari Minggu
Tutup
 


Hubungi Kami:

Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

No. Tel: 07-4537302

No. Faks: 07-4536334

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web: https://cad.uthm.edu.my

Facebook: https://www.facebook.com/caduthmjohor/

Content Manager :

Dr. Syahira Binti Mansur

No. Tel:+6074537412

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 


 

© CAD UTHM ® 2017. All Rights Reserved.
Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024.
This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned. .