Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti program akademik dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan staf akademik UTHM dalam usaha melahirkan graduan dan staf akademik yang berkualiti serta mampu bersaing di arena global.
Sebagai pusat rujukan bagi memupuk kemahiran insaniah, CAD juga berperanan untuk menyebarkan pengetahuan dalam bidang bukan teknikal bagi menyemai dan mengembangkan kemahiran kepimpinan, moral dan etika. Ini dapat melahirkan individu yang cemerlang dan kompeten di dalam pelbagai bidang.
Laman web ini mengandungi informasi berkaitan dengan garis panduan pembangunan program akademik baharu, program pembangunan profesionalisme staf akademik, audit kualiti akademik, dan lain-lain perkhidmatan disediakan oleh pusat ini. Diharapkan informasi yang diberi dapat membantu para pelawat laman sesawang ini.