Jabatan Jaminan Kualiti (JJK)

  • Pengenalan

    Dahulunya semasa permulaan Penubuhan Pusat Pembangunan Akademik jabatan ini menggunakan nama Jabatan Pengajaran dan Pembelajaran di mana portfolio kerja ketika itu adalah menguruskan dan menyediakan latihan kepada semua staf akademik dan menjalankan kursus wajib iaitu kursus asas kepada staf akademik baharu.

    Seterusnya jabatan tersebut telah bertukar nama kepada Jabatan Latihan dan Data dan memegang portfolio Latihan staf  akademik dan Sistem Pengiraan Beban Staf Akademik. Jabatan ini juga telah bertukar nama baharu kerana kemasukan portfolio baharu iaitu telah diberi nama Jabatan e-pembelajaran dan Latihan Akademik.

    Terkini, jabatan baharu diwujudkan iaitu Jabatan Jaminan Kualiti pada Februari 2015. Jabatan Jaminan Kualiti menjalankan aktiviti utama iaitu Sistem Penilaian Pengajaran Staf Akademik dan Kursus (SPARK) dan Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA). Selain menyediakan pelaporan untuk kedua sistem ini, jabatan ini juga bertanggungjawab memegang dasar umum akademik untuk dijadikan rujukan oleh Fakulti/Pusat di UTHM.

    Objektif
    • Mengurus perlaksanaan serta pelaporan bebas tugas staf akademik dan penilaian pengajaran staf akademik dan kursus UTHM.
    • Menguruskan kursus pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah lantikan baru UTHM.
    • Pelaksanaan dan pelaporan penilaian pengajaran staf akademik dan kursus
    • Pelaksanaan dan pelaporan beban akademik
    • Pemantauan Sistem Penilaian Pengajaran Staf Akademik & Kursus (SPARK) dan Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA)
    • Pengurusan data Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
    • Pemantauan penaksiran dan penilaian soalan peperiksaan
    • Penyelidikan berkaitan penaksiran
    • Penyelarasan dasar-dasar Pengajaran dan Pembelajaran di UTHM agar selari dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
      Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pemegang taruh yang lain.

Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.