Skip to content
resep masakan >resep masakan Adi Sucipto News and Entertainment delicious recipe berita bola jual obral pojok game recept
You are here: Home Pengenalan Aluan Dekan
Aluan Dekan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 03 Oktober 2016 00:00

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti program akademik dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan staf akademik UTHM dalam usaha melahirkan graduan dan staf akademik yang berkualiti serta mampu bersaing di arena global.

Sebagai pusat rujukan bagi memupuk kemahiran insaniah, CAD juga berperanan untuk menyebarkan pengetahuan dalam bidang bukan teknikal bagi menyemai dan mengembangkan kemahiran kepimpinan, moral dan etika. Ini dapat melahirkan individu yang cemerlang dan kompeten di dalam pelbagai bidang.

Laman web ini mengandungi informasi berkaitan dengan garis panduan pembentukan program baru, program pembangunan profesionalisme staf akademik, audit kualiti akademik, pembangunan kualiti pelajar, pembangunan e-pembelajaran, kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada di pusat ini. Diharapkan informasi yang diberi dapat membantu para pelawat web ini.


Prof. Dr. Azme bin Khamis
Dekan,
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


 

LAST_UPDATED2
 

Pautan Berkaitan

 

 

Sistem Online


OBESys on TCIS
UTHM WISDOM


[ Intranet ]