Skip to content
resep masakan >resep masakan Adi Sucipto News and Entertainment delicious recipe berita bola jual obral pojok game recept
You are here: Home Pengenalan
Pengenalan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 25 Mac 2010 14:29

Latar Belakang

Pada April 2001, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan bagi memantapkan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Unit Jaminan Kualiti Akademik pula telah diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan serta para graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan kerajaan dan juga profesional. Dengan penstrukturan semula Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Jaminan Kualiti Akademik pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) ditubuhkan.

Bagi mencapai hasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan bagi melahirkan staf  akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran, pada bulan Jun 2012, Pusat Pembangunan Akademik telah diberi nafas baru manjadi Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD). [pekeliling bekaitan]

CAD diterajui oleh seorang Dekan dan dibantu oleh dua orang Timbalan Dekan. CAD disokong oleh empat jabatan iaitu Jabatan Pembelajaran dan Pengajaran (JPDP), Jabatan Jaminan Kualiti Akademik (JKKA), Jabatan Audit Kualiti Akademik (JAKA), dan Jabatan Latihan dan Data (JLD). Fungsi CAD turut disokong oleh Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sistem.

Secara keseluruhannya, Pusat ini bertanggungjawab dan menyokong kepada usaha-usaha pemantapan pembelajaran dan pengajaran (P&P) staf akademik melalui penganjuran kursus-kursus, latihan, kaedah dan penggunaan teknologi terkini dalam P&P.

Pusat ini turut bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik universiti mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, memastikan kualiti program-program akademik yang ditawarkan di universiti mendapat pengiktirafan badan berkaitan sebelum pelajar bergraduat. Untuk tujuan itu, pengawasan dan penilaian kualiti yang berterusan sentiasa dijalankan di semua peringkat pengurusan. Semua tanggungjawab dan peranan ini adalah bermatlamat bagi melahirkan graduan universiti yang berkualiti dan berdaya saing di alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan negara.

Pusat ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).


Fungsi Pusat

1. Bertanggungjawab mengurus program Latihan Pembelajaran dan Pengajaran bagi staf akademik.
2. Bertanggungjawab terhadap Kualiti Program Akademik supaya memenuhi kehendak pelanggan.
3. Bertanggungjawab mengurus Pentadbiran Pusat Pembangunan Akademik.

LAST_UPDATED2
 

Pautan Berkaitan

 

 

Sistem Online


OBESys on TCIS
UTHM WISDOM


[ Intranet ]