e-Pembelajaran |
![]() |
![]() |
![]() |
Ditulis oleh Administrator | ||||||||||||||||
Isnin, 16 Ogos 2010 16:59 | ||||||||||||||||
e-Pembelajaran@UTHM INTRODUCTION
E-LEARNING MISSION “To establish a creative and effective e-Learning system towards producing competent technologist and professionals”
E-LEARNING OBJECTIVES
E-LEARNING DEVELOPMENT UNIT UNIT PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN mula diwujudkan pada tahun 2002 di bawah pusat tanggungjawab, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran. Ia dimulakan dengan pengambilan seorang pegawai sistem maklumat dan tiga orang penolong pegawai sistem maklumat sambilan. Ketika ini, unit ini beroperasi secara menumpang di bilik operasi PPA di tingkat atas blok A2. Setahun selepas itu, unit ini telah berpindah tempat beroperasi yang lebih selesa dan lengkap di makmal pembangunan e-pembelajaran.
E-LEARNING DEVELOPMENT LAB dibuka pada 3 Jun 2003, dan mula beroperasi sepenuhnya sejak 6 Jun 2003. Makmal ini terletak di deretan kabin di blok B9 A. Tiga tahun selepas itu pada 21 Mac 2006, unit ini telah berpindah sekali lagi ke tempat yang baru. Kini, makmat pembangunan e-pembelajaran terletak di Blok B1 (Blok Dewan/Bilik Kuliah). Makmal ini berjiran dengan bilik-bilik kuliah pelajar, Dewan Kuliah 3, berhadapan dengan Makmal Komputer 1 & 2 Pusat Teknologi Maklumat, dan berhampiran dengan Perpustakaan UTHM. Unit Pembangunan e-Pembelajaran ditubuhkan bagi membantu dan menguruskan pembangunan teknologi pengajaran dan pembelajaran (P&P), terutamanya aktiviti-aktiviti pembangunan e-pembelajaran (e-learning) dalam P&P di Universiti. Ia ditubuhkan selari dengan salah satu objektif PDP iaitu, “ Untuk menyokong integrasi teknologi maklumat dan perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kreativiti dan inovasi pengajaran dan pembelajaran”
FUNCTION of E-LEARNING DEVELOPMENT UNIT Fungsi utama unit ini adalah..
Secara ringkasnya, unit ini bertanggungjawab menyelenggara sistem e-pembelajaran universiti (Blackboard 6), memberi bantuan kepada staf akademik berkaitan penggunaan Blackboard dalam P&P, dan membantu memberi kursus/bengkel penggunaan sistem Blackboard. Memberi bantuan teknikal kepada staf akademik dalam pembangunan e-modul, membangunkan e-modul mengikut subjek dengan kerjasama staf akademik, dan menjadi rujukan dalam rekabentuk instruksi & grafik.
Makmal ini telah membangunkan pelbagai subjek kejuruteraan daripada pelbagai staf akademik yang berminat. Antaranya, Termodinamik untuk En Mohd Fahmi Abd Ghafir, Stress Analysis dan Tribology (En Al Emran Ismail), dan juga Hazardous Management oleh Cik Aeslina Abd Kadir. E-modul yang dibangunkan ini akan mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, animasi, dan gambar-gambar yang bertujuan untuk memberikan lebih kefahaman kepada pelajar-pelajar, dan juga memudahkan penyampaian pengetahuan staf akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, unit ini turut membantu operasi utama PDP yang lain seperti persiapan dan urusetia program, dan proses penilaian staf akademik.
SERVICE PROVIDED
OTHER SERVICE PROVIDED (TEACHING AND LEARNING PURPOSES)
FACILITIES IN OUR LAB
E-LEARNING STAFF Alkisah... Pada awal penubuhannya tahun 2002, unit ini mempunyai empat orang staf sambilan. Seorang pegawai sistem maklumat dan tiga orang penolong pegawai sistem maklumat. Staf-staf unit ini mempunyai latarbelakang dalam bidang IT, seperti multimedia, grafik, ilustrasi, dan animasi. Pengetahuan tentang sistem turut penting kerana terlibat dalam pengurusan platform sistem e-pembelajaran-Blackboard.
Hemmy Abd Jalal, Aidawati Othman, Azliana Azman dan Syirin Nazli Abd Rahman adalah staf terawal unit ini. Pada Jun 2003, berlaku pertukaran staf. Syirin telah meninggalkan unit ini apabila berpeluang melanjutkan pelajarannya. Tempat beliau diganti oleh Haljiah Hasli. Pada Julai 2003, dua orang staf sambilan, Shah Ruddin Jaafar dan Abdul Hadi Mohammad telah diambil bagi memperkuatkan lagi unit ini. Enam orang staf ini penting bagi menampung beban tugas yang semakin bertambah dan bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Pada awal tahun 2004, Aidawati Othman telah meninggalkan unit ini kerana mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, dan tempat beliau diisi oleh Farra Fabil. Pada Mei 2004, Farra pula meninggalkan unit ini kerana menyambung pelajarannya. Pada bulan Ogos tahun yang sama, Azliana Azman turut meninggalkan unit ini kerana berjaya mendapat jawatan tetap sebagai penolong pegawai sistem maklumat dan ditempatkan di Pusat Teknologi Maklumat UTHM. Sehingga ke hari ini, Unit Pembangunan e-Pembelajaran ini kembali seperti awal penubuhannya dengan empat orang staf terdiri dari Hemmy Abd Jalal, Abdul Hadi Mohamad, Shah Ruddin Jaafar, dan Haljiah Hasli. |
![]() | Hari Ini | 45 |
![]() | Minggu Ini | 2137 |
![]() | Minggu Lepas | 4109 |
![]() | Bulan Ini | 15351 |
![]() | Bulan Lepas | 21110 |