Skip to content
resep masakan >resep masakan Adi Sucipto News and Entertainment delicious recipe berita bola jual obral pojok game recept
You are here: Home Jabatan Jabatan Pembelajaran dan Pengajaran Anugerah Pengajaran UTHM
Anugerah Pengajaran UTHM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 10 April 2014 11:09

Anugerah Pengajaran UTHM (AP) bertujuan memberi pengiktirafan kepada staf akademik UTHM yang menunjukkan kecemerlangan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam pengajaran. Penganugerahan tersebut juga dapat memartabatkan profesion staf akademik di instiusi pengajian tinggi Malaysia. Di samping itu, anugerah tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk mengenal pasti staf akademik UTHM bagi dipertimbangkan sebagai calon ke Anugerah Akademik Negara (AAN), bagi kategori "Anugerah Pengajaran" anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Pelaksanaan AP bertujuan bagi:

- Menggalakkan dan memupuk kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dalam kalangan staf akademik UTHM.
- Meningkatkan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang berkualiti berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning).
- Memberi pengiktirafan kepada staf akademik UTHM yang menunjukkan kesarjanaan di dalam pengajaran serta mempunyai kreativiti dan inovasi yang tinggi.
- Mengenal pasti calon AAN bagi kategori Pengajaran anjuran KPT.

 

Proses Pelaksanaan Anugerah Pengajaran UTHM

Penilaian AP dibuat berdasarkan kriteria AAN dan penilaian dilaksanakan melalui borang penilaian berdasarkan kriteria tertentu, selaras dengan kriteria AAN. Rajah 1 menunjukkan ringkasan proses pelaksanaan anugerah pengajaran.

Rajah 1.

 

Pencalonan

Pencalonan adalah dibuka untuk semua staf akademik UTHM berstatus tetap atau kontrak.

Syarat-syarat pencalonan adalah:

- Merupakan pegawai akademik yang berkhidmat di UTHM.
- Mencapai skor minimum 4.5 mata dalam proses penilaian pengajaran staf akademik (oleh pelajar) untuk dua semester terakhir.
- Memperolehi markah sekurang-kurangnya 85% dalam Penilaian Prestasi tahun sebelum.

Pencalonan staf akademik untuk AP di UTHM adalah menerusi tiga kaedah:

1. Pencalonan Diri Sendiri (Self Nomination)
2. Pencalonan dari Rakan (Peer Nomination)
3. Pencalonan dari Fakulti/Pusat


Penilaian
Penilaian AP mengambil kira prestasi pengajaran calon sepanjang dua semester. Terdapat dua peringkat penilaian AP.

Penilaian Peringkat Pertama
Dalam peringkat pertama, kesemua calon dinilai dalam Sesi Penilaian Profesional, Penilaian Cerapan Pengajaran dan Penilaian Portfolio.

a) Sesi Penilaian Profesional
Mengambil kira prestasi pengajaran dan tahap profesionalisme calon dari perspektif empat kumpulan responden.

i. Penilaian Pengajaran (dua semester terakhir)
ii. Rakan sejawat (semester semasa). Minimum responden bagi rakan sejawat, ialah 10 orang rakan sejawat atau 50% daripada bilangan staf di jabatan, mengikut jumlah yang mana lebih rendah.

b) Penilaian Cerapan Pengajaran
Penilaian Cerapan Pengajaran dilakukan oleh dua (2) orang panel penilai (yang dilantik oleh Jawatankuasa Penilai AP) yang meninjau serta menilai prestasi pengajaran calon di dalam kelas. Penilaian akan dibuat akan dibuat pada bila masa-masa tanpa memaklumkan kepada calon. Dalam sesi penilaian ini, penilai pertama merupakan pakar dalam bidang calon manakala penilai kedua dari bidang pedagogi (Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM).

c) Penilaian Portfolio
Penilaian Portfolio bertujuan menilai sumbangan dalam pembangunan pengajaran serta rekod pengajaran seperti dokumen-dokumen pengajaran dan alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang lain. Rekod pengajaran calon akan dinilai berdasarkan bahan bukti (bahan bercetak dan elektronik, prototaip dan produk) yang dikemukakan oleh calon. Perkara-perkara yang dinilai dalam portfolio adalah seperti berikut:

i. Kreativiti dan inovasi:
- Kreativiti dan inovasi kaedah pengajaran
- Kesesuaian kreativiti dan inovasi dalam konteks pengajaran calon
- Impak kreativiti dan inovasi kepada pengajaran

ii. Keberkesanan pengajaran:
- Pencapaian kesan pengajaran
- Bimbingan terhadap pembelajaran (bimbingan dan penasihatan)
- Penyelidikan dan penerbitan dalam pembelajaran dan pengajaran
- Perundingan dalam pembelajaran dan pengajaran.

iii. Bahan pengajaran:
- Kesesuaian
- Keterkinian
- Merangsang dan memupuk pemikiran kritis

iv. Penilaian
- Memenuhi kriteria Jadual Penentu Ujian (JPU)
- Selari dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes)
- Pelaporan

 

Penilaian Peringkat Akhir
Dalam proses untuk menyenarai pendek calon, markah keseluruhan penilaian peringkat pertama diberi pemberatan/peratusan markah bagi setiap komponen penilaian. Calon yang mendapat markah keseluruhan penilaian peringkat pertama keseluruhannya sebanyak 80% ke atas dipilih sebagai calon peringkat akhir AP.

Calon peringkat akhir melalui penilaian peringkat akhir, iaitu sesi temu duga yang diadili oleh enam orang penilai profesional dalam dan luar yang yang dipilih berdasarkan kepakaran di dalam pengajaran dan pembelajaran serta berpengalaman di dalam proses menemu duga.

 

Hadiah Anugerah

Hadiah Anugerah kepada setiap pemenang boleh diberikan dalam bentuk menghadiri kursus/seminar/persidangan, lawatan teknikal, geran penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain bentuk yang ditentukan oleh Jawatan Kuasa Penilai Anugerah Pengajaran.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Anugerah Pengajaran UTHM, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik.

LAST_UPDATED2
 

Pautan Berkaitan

 

 

Sistem Online


OBESys on TCIS
UTHM WISDOM


[ Intranet ]