VISI, MISI, OBJEKTIF

Visi
Ke arah menerajui pemerkasaan kualiti akademik bertaraf dunia

Misi
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik komited dalam memacu pembangunan dan kelestarian kualiti program akademik untuk pengiktirafan antarabangsa serta menyediakan latihan kepada staf akademik bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran

Objektif

  • Memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan semua program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa.
  • Memperkasakan budaya pembelajaran dan pengajaran agar merangkumi aspek pembelajaran berasaskan pelajar, e-pembelajaran serta kreativiti dan inovasi.
  • Menyediakan latihan pembelajaran dan pengajaran kepada staf akademik serta menjalankan kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran.
  • Memastikan pengurusan lalun peluang pembelajaran melalui kaedah Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dilaksanakan.
  • Memastikan perlaksanaan atau penyemakan Sistem Pengurusan Kredit MS ISO 9001 kekal di universiti.
  • Memastikan pengurusan pentadbiran, sistem maklumat dan kewangan adalah mengikut prosedur dan peraturan universiti.

Objektif Kualiti

  • Memastikan 100% pembangunan dan penambahbaikan program akademik dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan 100% program akademik universiti mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan kelayakan tempatan dan / atau antarabangsa.
  • Memastikan 50% staf akademik menggunakan Sistem e-Pembelajaran di dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Menyediakan 24 latihan pembelajaran dan pengajaran kepada staf akademik serta menjalankan kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran.
Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.