LATAR BELAKANG

Pengenalan

Pada April 2001, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah ditubuhkan bagi memantapkan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Unit Jaminan Kualiti Akademik pula telah diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan serta para graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan kerajaan dan juga profesional. Dengan penstrukturan semula Pusat Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Jaminan Kualiti Akademik pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) ditubuhkan.
Bagi mencapai hasrat membawa kecemerlangan program akademik universiti bertaraf dunia, dan bagi melahirkan staf akademik yang cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran, pada bulan Jun 2012, Pusat Pembangunan Akademik telah diberi nafas baru manjadi Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (PPLA) atau Centre of Development Academic (CAD).

CAD diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua(2) orang Timbalan Pengarah. ini disokong oleh lima(5) jabatan yang bernaung di bawahnya. Lima Jabatan berkaitan adalah ; adalah Jabatan Akreditasi Program Akademik (JAPA), Jabatan Pembangunan Program Akademik (JPPA), Jabatan Pengurusanan Latihan Akademik (JPLA), Jabatan Pengurusan Latihan Institusi (JKPI), Jabatan Jaminan Kualiti (JKK) dan Jabatan Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). CAD yang didokong oleh Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sistem.

Secara keseluruhannya, Pusat ini bertanggungjawab dan menyokong kepada usaha-usaha pemantapan pembelajaran dan pengajaran (P&P) staf akademik melalui penganjuran kursus-kursus, latihan, kaedah dan penggunaan teknologi terkini dalam P&P. Pusat ini turut bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan dan penambahbaikan program akademik universiti mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, memastikan kualiti program-program akademik yang ditawarkan di universiti mendapat pengiktirafan badan berkaitan sebelum pelajar bergraduat. Untuk tujuan itu, pengawasan dan penilaian kualiti yang berterusan sentiasa dijalankan di semua peringkat pengurusan. Semua tanggungjawab dan peranan ini adalah bermatlamat bagi melahirkan graduan universiti yang berkualiti dan berdaya saing di alam pekerjaan bagi memenuhi keperluan negara.

Fungsi

  • Bertanggungjawab dalam mengurus pembangunan latihan dan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi warga UTHM.
  • Bertanggungjawab terhadap kualiti program Akademik agar memenuhi kehendak stakeholder.
  • Bertanggungjawab terhadap pemantauan pematuhan setiap program akademik selaras dengan apa yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi atau badan profesional yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab terhadap pelan tindakan untuk penyediaan ke arah pelaksanaan atau penyemakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008 universiti.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan penilian bagi peluang pendidikan berterusan melalui kaedah pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (APEL).
Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.