ALUAN PENGARAH

WhatsApp Image 2017 10 17 At 4.02.13 PM

Assalamualikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti program akademik dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan staf akademik UTHM dalam usaha melahirkan graduan dan staf akademik yang berkualiti serta mampu bersaing di arena global.

Sebagai pusat rujukan bagi memupuk kemahiran insaniah, CAD juga berperanan untuk menyebarkan pengetahuan dalam bidang bukan teknikal bagi menyemai dan mengembangkan kemahiran kepimpinan, moral dan etika. Ini dapat melahirkan individu yang cemerlang dan kompeten di dalam pelbagai bidang.

Laman web ini mengandungi informasi berkaitan dengan garis panduan pembentukan program baru, program pembangunan profesionalisme staf akademik, audit kualiti akademik, pembangunan kualiti pelajar, pembangunan e-pembelajaran, kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada di pusat ini. Diharapkan informasi yang diberi dapat membantu para pelawat web ini.

Prof. Dr. Azme bin Khamis
Pengarah,
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Copyright CAD UTHM. All rights Reserved.